Ibu muda mennggal slps rahim ditarik keluar semasa bersalin

SEORANG ibu muda mennggal dunia selepas pertama kali melihat bayi yang baru dilahirkannya.

Dia mennggal dunia akibat rahimnya ditarik keluar oleh doktor semasa proses kelahiran.

Alisa Tepikina, 22, mennggal dunia dalam ‘keskitan luar biasa’ apabila 0rgan dalamannya dikeluarkan, bukannya plasenta bayi.

Doktor berkenaan berdepan hukuman tiga tahun penjara apabila Tepikina koma dan mennggal dunia secara mengejut setelah mengalami serangan jantung dalam kejadian di bandar Nizhneserginskaya, Rusia.

Tepikina hanya sempat senyum kepada anak perempuannya yang baru lahir sebelum pakar obstetrik cuba menarik plasenta dari rahimnya tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya.

Tersalah mengeluarkan rahim jarang-jarang berlaku dalam kecemasan perubatan.

Didakwa menyebabkan kemtian akibat kecuaian, doktor berusia 27 tahun itu disiasat selama enam bulan.

Ketua perubatan di hospital berkenaan, Elena Barannikova memberitahu Jawatankuasa Penyiasatan Rusia bahawa pasukan perubatan yang terlibat tidak melakukan ‘tindakan ganas’ semasa kejadian.

Tetapi tuntutannya ditolak oleh pakar perubatan selepas satu ‘analisis lengkap’.

Plasenta Tepikina sepatutnya dikeluarkan secara manual oleh doktor di bawah anestetik, menurut hasil penyiasatan.

Jawatankuasa itu berkata dalam satu kenyataan: “Menarik tali pusat tanpa kawalan atau atau tidak betul membawa kepada rahim songsang sepenuhnya. 0rgan wanita itu telah ditarik keluar, kemudian dimasukkan semula ketika keadaan sudah terlewat. Doktor yang bertugas tidak tahu tentang komplikasi kelahiran yang mengancam nyawa.

“Hasilnya, bantuan perubatan diberikan dengan kelewatan yang tidak dapat diterima. Rahim dimasukkan semula hanya 4 jam 15 minit kemudian apabila berlaku banyak pendrahan bersama kegagalan jantung.”

Saudara-mara Tepikina berkata mereka mendengar jeritannya ketika sedang menunggu di hospital.

Bapanya Dmitry Malyukov, 47, berkata: “Anak perempuan saya menderita, dia menjerit keskitan tetapi doktor tidak memberi perhatian.” -MetroUK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *